Sunday, April 8, 2012

Data Guru dan Murid


  • Tentang Kami: Lokasi.Sejarah Sekolah.Lencana.Bendera.Pengetua
  • Data Guru
  • Data Murid



PENAFIAN:

SMK Bera tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan  maklumat yang dicapai daripada laman kami.

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BERA, BANDAR 32, 

28300 Triang, Pahang Darul Makmur. No.Tel:09 2461502 No.Fax:09 2461502

E-mel: ceaa061bera@yahoo.com




Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum


  • Kecemerlangan Akademik
  • Kecemerlangan Kokurikulum
  • Album
senivisual-gcpsvsmkbera@blogspot.com

Maklumat Staf


  • Struktur Organisasi
  • Maklumat Staf Akademik
  • Maklumat Staf Sokongan


Misi dan Visi

Sejarah Sekolah


SMK Bera telah memulakan operasi pentadbirannya pada 16 November 1982. Manakala pengambilan kumpulan pelajar pertama (tingkatan 1) ialah pada 3 Januari1983. Jumlah pelajar kumpulan pertama ialah seramai 174 orang, terdiri daripada pelajar lepasan SK Tementi, SK Sebertak, SK Rentam dan SK Kumai. Jumlah guruketika itu seramai  8 orang.

Kelulusan kemudiannya diperolehi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk dibuka pula kelas bagi tingkatan 2 . Kelas tingkatan 2 yang pertama dibuka pada27 April 1983. Jumah pelajar 101 orang  yang terdiri daripada pelajar yang menetap  di Felda Tementi, Sebertak dan Rentam yang telah mendapat pendidikan di SMK Purun.

Bagi menampung tenaga pengajar pada waktu tersebut, 4 orang guru terlatih telah ditempatkan di sini.

Setiap tahun  di antara tahun 1992-2001  penambahan pelajar berlaku. Jumlah pelajar pada ketika itu meningkat melebihi 2000 orang. Walau bagaimanapun tahun 2003 jumlah pelajar  telah berkurangan menjadi 1041 orang berikutan dengan pembukaan SMK Triang 3. Selepas tahun tersebut sekolah SMK Bera kembali satu sesi sebelah pagi sahaja.

Walaupun sekolah ini belum lagi mempunyai bangunan dewan khas tetapi pada tahun ini (2008) sekolah telah memperolehi dua bangunan bengkel iaitu, bengkel ERT dan Bengkel MPV.

Pengetua-pengetua yang telah berkhidmat di SMK Bera adalah:

1. Drs Haji Abdul Rahman bin Zainal Abidin
    bermula 1982-1991
    Pn. Rabiah bt. Wahab (pemangku)  1991-1992

2. Tn. Haji Abu Hanipah bin Ali 1992-1993
     En. Kamaruddin b. Kassim ( memangku) 1993

3.  En. Abdullah bin Ismail 1993-1994

4.  Tn. Haji Abdul Wahab bin Muhammad 1994-1997
     En. Mohd Ripin bin Sidek (pemangku)   1998

5. Tn. Haji Hamdan bin Mahmod 1998-2002
     Pn. Salmah bt. Othman   (memangku) 2003-2004

6.  En. Abdullah bin Musa   2004-2006

7.  En. Abdul Hadi bin Abdul Rahman     2006-hingga        
     sekarang






Luas keseluruhan kawasan sekolah:

85.9 Hektar
21.2 ekar
90X24 kaki persegi



Latarbelakang pelajar : 

Anak peneroka Felda dari tiga perkampungan Felda utama iaitu Felda Sebertak, Felda Tementi dan Felda Rentam