Kelulusan kemudiannya diperolehi daripada Jabatan Pendidikan Negeri Pahang untuk dibuka pula kelas bagi tingkatan 2 . Kelas tingkatan 2 yang pertama dibuka pada27 April 1983. Jumah pelajar 101 orang yang terdiri daripada pelajar yang menetap di Felda Tementi, Sebertak dan Rentam yang telah mendapat pendidikan di SMK Purun.
Bagi menampung tenaga pengajar pada waktu tersebut, 4 orang guru terlatih telah ditempatkan di sini.
Setiap tahun di antara tahun 1992-2001 penambahan pelajar berlaku. Jumlah pelajar pada ketika itu meningkat melebihi 2000 orang. Walau bagaimanapun tahun 2003 jumlah pelajar telah berkurangan menjadi 1041 orang berikutan dengan pembukaan SMK Triang 3. Selepas tahun tersebut sekolah SMK Bera kembali satu sesi sebelah pagi sahaja.
Walaupun sekolah ini belum lagi mempunyai bangunan dewan khas tetapi pada tahun ini (2008) sekolah telah memperolehi dua bangunan bengkel iaitu, bengkel ERT dan Bengkel MPV.
Pengetua-pengetua yang telah berkhidmat di SMK Bera adalah:
1. Drs Haji Abdul Rahman bin Zainal Abidin
bermula 1982-1991
Pn. Rabiah bt. Wahab (pemangku) 1991-1992
2. Tn. Haji Abu Hanipah bin Ali 1992-1993
En. Kamaruddin b. Kassim ( memangku) 1993
3. En. Abdullah bin Ismail 1993-1994
4. Tn. Haji Abdul Wahab bin Muhammad 1994-1997
En. Mohd Ripin bin Sidek (pemangku) 1998
5. Tn. Haji Hamdan bin Mahmod 1998-2002
Pn. Salmah bt. Othman (memangku) 2003-2004
6. En. Abdullah bin Musa 2004-2006
7. En. Abdul Hadi bin Abdul Rahman 2006-hingga
sekarang
Luas keseluruhan kawasan sekolah:
85.9 Hektar
21.2 ekar
90X24 kaki persegi
Latarbelakang pelajar :
Anak peneroka Felda dari tiga perkampungan Felda utama iaitu Felda Sebertak, Felda Tementi dan Felda Rentam
No comments:
Post a Comment